Dilema:Valentine dan Maulidur Rasul

14 Februari 2011@11 Rabiulawal 1432 H
15 Februari 2011@12 Rabiulawal 1432 H






Februari 2011 tahun ini agak istimewa dan menggemparkan. Tanggal 14 Ferbruari ialah Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine's Day manakala tanggal 15 Februari ialah Hari Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad Saw atau dikenali juga sebagai Maulidur Rasul. Sebagai seorang Islam yang mengakui bahawa kita beriman kepada Allah Swt dan beriman bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya, adakah kita akan menyambut kedua-dua sambutan istimewa ini pada tahun ini? Mana satukah yang menjadi keutamaan kita? Valentine's Day atau Maulidur Rasul? "Apa susah, kita sambutlah Valentine's Day dulu kemudian kita raikan pula Maulidur Rasul."Mungkin terdapat segelintir manusia yang berfikiran sedemikian. Bagaimana dengan anda? 

Saya kongsikan serba sedikit perihal kedua-dua sambutan ini supaya kita memperoleh sedikit pengetahuan mengenainya. Terdapat banyak versi berkaitan sejarah Valentine's Day ini tetapi versi yang paling terkenal ialah versi yang menceritakan mengenai pembunuhan St. Valentine, seorang paderi gereja pada zaman pemerintahan seorang diktator Claudius. St. Valentine telah mengingkari perintah Claudius yang mengharamkan para pemuda pada ketika itu untuk bercinta dan berkahwin kerana Claudius berhasrat menguatkan angkatan tenteranya. Namun, St. Valentine tetap menikahkan beberapa pasangan tanpa pengetahuan Claudius. Akhirnya pada suatu hari pada tanggal 14 Ferbruari St. Valentine telah ditangkap dan dibunuh. Untuk mengingati usaha murni St. Valentine itu, tanggal 14 Februari itu diraikan pada setiap tahun sehingga sekarang dan dinamakan Valentine's Day bersempena dengan namanya. Jika kita turut meraikannya bersama-sama tanpa mengetahui tentang sejarahnya, maka kita sebenarnya telah meraikan hari ulang tahun kematian seorang paderi iaitu St.Valentine.

Manakala pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah ialah hari kelahiran Nabi Muhammad Saw. Begitu banyak keajaiban yang berlaku semasa kelahiran baginda ke dunia ini. Bukan sahaja semasa kelahiran baginda, bahkan sebelum baginda lahir ke dunia ini, telah terjadi banyak tanda-tanda ajaib untuk menunjukkan kemuliaan baginda Saw di sisi Allah Swt. Semasa kelahiran baginda, api sembahan orang-orang Majusi telah terpadam dengan sendirinya manakala istana yang berdiri kukuh di Rom juga turut merasai gegaran. Subhanallah! Begitu hebat insan yang bernama Muhammad ini. Alangkah bagusnya jika kita dapat bersama-sama memperingati dan menyambut ulang tahun kelahiran baginda dengan pengisian-pengisian yang dapat menambahkan lagi rasa cinta kita kepada baginda.

Fikir-fikirkan... 

0 ulasan:

Catat Ulasan