Handphone & Al-Quran

Assalamualaikum...
Coretan ana pada kali ini cuma lah sebagai renungan kita semua sebagai umat Islam pada dunia akhir zaman ini.
Cuba kita renungkan dan hayati dua gambar di bawah ini, satunya ialah telefon bimbit dan yang satu lagi ialah senaskah al-quran. Apa pendapat antum semua tentang gambar tersebut? Pada zaman yang moden dan canggih ini, kita semua terlalu leka dengan kemajuan teknologi yang kita nikmati. Kita sering membawa handphone kita ke mana sahaja kita pergi tak kira ketika berada di dalam tandas, ketika sedang makan, ketika mengulangkaji pelajaran mahupun ketika berada di mana-mana sahaja. Handphone seperti sudah menjadi satu kewajipan bagi kita yang sentiasa dibawa ke mna-mana sahaja kita pergi. Tetapi bagaimana dengan al-quran pula? Di mana tempat al-quran? Adakah di dalam almari buruk yang sudah usang di dalam surau dan masjid? Mengapa kita tidak membawa al-quran ke mana-mana sahaja kita pergi sepertimana kita sentiasa membawa handphone kita? Alangkah indahnya jika mushaf al-quran itu sentiasa berada di tangan kita tak kira di mana kita berada. Alangkah bahagianya jika kita sentiasa berdamping dengan al-quran, menatapnya, membacanya, menghayati setiap makna dan isi kandungan al-quran seterusnya dapat mengamalkanny dalam kehidupan seharian sebagai umat Muhammad SAW. Tapi, sayang seribu kali sayang, al-quran kita tinggalkan di dalam almari yang sudah buruk dan usang tetapi handphone sentiasa kita bawa, sentiasa digenggam erat dalam tangan kita tanpa megira masa dan tempat. Bahkan, ketika membaca al-quran sekalipun, kita masih memegang handphone! Adakah handphone itu begitu pentingbagi kita berbanding al-quran? Adakah handphone yang kita sayangi itu akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak? Renung-renungkan lah seketika wahai umat nabi Muhammad sekalian... Buka minda, tambah iman, tingkat ketakwaan. InsyaAllah.


Al-quran
Handphone

Sekeping Hati

Sabda Rasulullah SAW :
"Di dalam diri manusia itu ada seketul seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika seketul daging itu rosak, maka  seluruh anggota lahir manusia itu rosak. Itulah dia hati."