Banjir: Musibah atau Ujian?

Salam sahabat-sahabat sekalian...
Sudah agak lama rasanya saya tidak mengemaskini blog saya ini.
Saya agak sibuk dengan assignment dan tugasan-tugasan lain.
Kali ini negeri Perlis Indera Kayangan sekali lagi dilanda banjir. Dalam tempoh masa lima bulan, negeri Perlis sudah dua kali dilanda banjir termasuk banjir terburuk yang pernah terjadi sekitar awal November 2010 tahun lalu.
Apakah hikmah yang terselindung di sebalik kejadian ini?
Apakah Allah sengaja mendatangkan banjir ini?
Adakah banjir ini satu ujian daripada Allah?
Atau mungkin juga sebagai musibah?
Atau sebagai satu peringatan buat hamba-Nya yang kian lalai dan alpa akan kewajipan mereka sebagai khalifah dan tanggungjawab ubudiyyah.


"Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Surah Al-Rum:41)


Sahabat-sahabatku...
Cuba kita renungkan kembali ayat suci Al-quran ini. Allah telah pun berfirman mengatakan bahawa segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini sama ada di darat mahupun di laut adalah disebabkan oleh perbuatan tangan manusia itu sendiri. Siapakah manusia yang dimaksudkan? Itulah kita sahabatku...
Masalah rasuah, penipuan, perjudian, pencurian, penzinaan, rogol, cabul, liwat, homoseksual, pergaulan bebas dan berbagai macam jenis masalah telah berlaku di atas muka bumi Allah ini. Adakah ini caranya kita dituntut untuk memakmurkan bumi?


Allah datangkan banjir, tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan pelbagai bencana lagi tidak tidak bukan agar kita merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan tangan kita sendiri. Tapi itu semua baru sebahagian, sahabatku. Bagaimana jika Allah merasakan kita sepenuhnya? Sungguh Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih terhadap hamba-Nya. Allah tidak mendatangkan segala musibah itu melainkan dengan tujuan agar kita kembali ke jalan yang benar.


Marilah kita berfikir sejenak...
Apakah banjir yang melanda negeri Perlis sekarang ini ialah musibah daripada Allah atau ujian daripada Allah sebagai tanda peringatan kepada hamba-Nya yang semakin lalai akan kewajipan sebenar mereka?
Renung-renungkan...
Fikir, tambah iman, tingkat amal. IsnyaAllah.